"SELAMAT DATANG / WELCOME"

Selamat Datang ke ruangan blog yang direka khas untuk mereka-mereka yang mempunyai visi untuk berjaya di dalam perniagaan akuakultur.
Di samping untuk berkongsi maklumat terkini projek ternakan udang galah menggunakan kanvas, laman blog ini turut memuatkan aktiviti perniagaan lain yang diceburi seperti Program Pendidikan Score A, percubaan menternak kelah merah menggunakan kanvas dan pelbagai lagi (sila ikuti melalui kemaskini blog!).
Segala komen dan pandangan membina dari anda semua amat saya hargai. Moga kita dapat membina jaringan perniagaan yang lebih luas menuju ke arah empayar perniagaan global. Bebaskan diri kita dari belenggu kewangan. Persiapkan dan perkemaskan saf kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak terduga pada masa yang tidak kita jangkakan.

Petikan Kata-kata Tun Mahathir Semasa Perasmian Pembukaan Proton " Ini Adalah Merupakan satu langkah kecil untuk membuka lebih banyak langkah besar "

Untuk ke mercu jaya beribu tangga akan kita lalui. Genggamlah api itu hingga menjadi abu, usah biarkan rintangan mematahkan semangat.

Thomas Edison mengalami beribu kegagalan sebelum berjaya.

"Jangan Ratapi kegagalan, kekecewaan, kesusahan & Keperitan Dengan Linangan AirMata Akan Tetapi Renunglah Hikmah Di Sebaliknya.


Perahu & Dayung Telah disediakan. BANGKITLAH!!! Tekadkan Semangat, Bulatkan Iltizam. Jangan Biarkan Api Obor Kemaraan Terpadam Begitu Sahaja. Percayalah, kerana langkah 1 akan disusuli dengan langkah 2 dan seterusnya bersama-sama kita menuju ke Angkasa Kejayaan!!!"


Akhir kata...silalah beri pandangan anda mungkin ia berguna untuk saya dan juga para pembaca blog ini.


Sekian Terima Kasih

Share it

Tuesday, December 29, 2009

Salam Tahun 2010

Salam kpd semua pembaca budiman. Selamat Tahun Baru 2010 kpd semua. Semoga 2010 akan membawa lebih keceriaan dan kegembiraan kpd kita semua.

Berita Terkini!!!..Insyallah ebook saya tentang Penternakan Udang Galah didalam Kolam Kanvas secara RAS dan Organik akan berada di pasaran. Terdapat tip-tip yang tidak akan anda temui dimana-mana seperti bagaimana untuk meminimumkan kos, cara atasi penyakit dengan cara mudah, cara-cara pembenihan udang galah dilakukan, alamat penjual benih dan senarai harga makanan udang galah.

Amat berguna sebagai panduan kepada mereka yang berminat untuk menjadikan udang galah sebagai hobi atau kerjaya dengan pulangan yang lumayan. Segala catatan adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga sedikit maklumat dari pusat kajian udang galah air tawar Melaka.

Segala yang ingin dilakukan mestilah ada ilmu. Jadi, nantikan kemunculan ebook ternakan udang galah saya di alam siber. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.


Segala pertanyaan berkenaan ebook ini boleh diajukan kepada saya melalui blog ini atau ke email saya iaitu smart_kancil@yahoo.com

Sekian Wassalam Dan Selamat Menyambut 2010.

Saturday, December 5, 2009

KOS DAN PENYAKIT

Assalammualaikum Semua

Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengikuti perkembangan blog ini.

Apa yang saya sampaikan di dalam blog ini adalah melalui pembacaan saya, hands on praktikal membela udang galah selama setahun dan juga melalui pengalaman mengalami pelbagai onak dan duri. Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah melalui latihan formal menternak udang segalanya melalui latihan kendiri,penyelidikan dan juga pembacaan sendiri dari buku dan internet.

PENGALAMAN

Udang adalah tergolong haiwan karnibal,memakan sesama sendiri. Tetapi ini berlaku bila udang mengalami kekurangan makanan atau semasa udang lemah mengalami proses molting (bersalin kulit). Apa yg saya buat ialah (untuk kolam kanvas) saya letakkan paip pvc berukuran 2 inci dipotong sepanjang 12cm. Masa mula-mula saya pernah gunakan pelepah kelapa, pun berguna atau untuk kolam tanah gunakan tayar terpakai. SILA NYAH TOKSINKAN DENGAN MERENDAM DALAM AIR SELAMA SEMINGGU.

Untuk mengelakkan makanan yang diberi berkurangan apa yang boleh di buat secara manual ialah dengan mengira berapa genggam jumlah makanan yang diberi pada waktu pagi dan lihat pada waktu petang jika makanan berlebihan maka kurangkan pemberian makanan pada waktu pagi. TETAPI, pemberian makanan waktu petang@malam adalah lebih banyak dari waktu pagi. Udang adalah bersifat nokturnal iaitu aktif waktu malam. Kaedah ini untuk kolam kanvas,kolam simen atau polytank. Sebab kita boleh nampak sisa makanan yang terlebih.

Untuk kolam tanah pula, setiap bulan tangkap antara 5-10 ekor udang dan timbang berat udang. Ambil purata berat udang di darabkan dengan jumlah udang di dalam kolam kemudian di darabkan dengan 3%. Kadar pemberiaan makanan adalah sebanyak 3% dari berat udang.

KADAR KEMATIAN & PENYAKIT

Udang galah amat sukar berpenyakit. Daya tahan yang tinggi. Pengalaman pertama saya adalah pada waktu awal saya memasukkan benih ke kolam. Kebetulan waktu itu saluran paip air utama kawasan saya ditukar baru menyebabkan air berwarna coklat tanah dan mengandungi kutu air. Menyebabkan udang seolah-olah mabuk terlompat-lompat, berpusing dalam air seterusnya mati. Apabila diperiksa pada penapis Bio saya menjumpai banyak parasit yang seakan anak pepatung tanpa kaki,kepala yang besar, berbadan tirus, berwarna putih. Ujian makmal mengesahkan itu adalah kutu air.

Untuk mengelakkan parasit dan penyakit lain boleh gunakan garam halus (garam makan). Taburkan dalam air kolam dan rasa dengan lidah kadar kemasinan air. Hanya sekadar sedikit masin. Garam merupakan penghapus parasit dan penyakit lain yang paling bagus. Juga sesuai untuk ikan. INGAT JANGAN TERLALU MASIN, UDANG AKAN MATI.

Untuk sistem yang gunakan saliran air sungai atau bukit, pastikan bahawa pemangsa seperti ikan liar (keli,haruan dll) tidak termasuk dalam kolam. Berdasarkan pengalaman pengusaha kolam tanah pemangsa yang paling di takuti adalah ikan keli dan memerang air. Kadar kematian mengikut rekod Jabatan Perikanan dan juga dari temu bual saya dengan pengusaha udang yang lain adalah 60%.

Selama setahun, air dalam polytank saya tidak pernah ditukar,hanya tambah air bila berkurangan.

KOS

Kos bagi saya adalah subjektif. Kerana lagi besar kolam lagi banyak yang boleh benih yang boleh di isi. Berikut adalah kiraan kos bagi projek yang saya usahakan.

Saiz Kolam: 10 kaki panjang X 10 kaki lebar X 3 kaki tinggi

Harga Kanvas Termasuk Frame: RM900 (harga mungkin berlainan ikut negeri)

Jumlah Benih: 10 kaki X 10 kaki x tinggi air X 15 ekor per kaki persegi.

Netting hitam: RM60 (50% kadar tapisan cahaya.120 kaki,segulung). Perlu untuk kolam tidak terlalu terdedah pada cahaya matahari dan hujan.

Harga benih: RM0.06 - RM0.065 sen seekor (benih 45 hari dan harga ikut negeri tak termasuk kos penghantaran)

Harga Pellet: Starter RM114, Grower RM72 (Cargill)

Harga Blower @ Air Pump: RM250 - RM370 (harga ikut kapasiti blower.Perlu untuk oksigen).

Hanya itu sahaja kerana hari makin larut malam..insyallah saya akan edit semula post ini supaya lebih kemas dan informative.

From The Desk Of Shiful Aswan
2.38am