"SELAMAT DATANG / WELCOME"

Selamat Datang ke ruangan blog yang direka khas untuk mereka-mereka yang mempunyai visi untuk berjaya di dalam perniagaan akuakultur.
Di samping untuk berkongsi maklumat terkini projek ternakan udang galah menggunakan kanvas, laman blog ini turut memuatkan aktiviti perniagaan lain yang diceburi seperti Program Pendidikan Score A, percubaan menternak kelah merah menggunakan kanvas dan pelbagai lagi (sila ikuti melalui kemaskini blog!).
Segala komen dan pandangan membina dari anda semua amat saya hargai. Moga kita dapat membina jaringan perniagaan yang lebih luas menuju ke arah empayar perniagaan global. Bebaskan diri kita dari belenggu kewangan. Persiapkan dan perkemaskan saf kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak terduga pada masa yang tidak kita jangkakan.

Petikan Kata-kata Tun Mahathir Semasa Perasmian Pembukaan Proton " Ini Adalah Merupakan satu langkah kecil untuk membuka lebih banyak langkah besar "

Untuk ke mercu jaya beribu tangga akan kita lalui. Genggamlah api itu hingga menjadi abu, usah biarkan rintangan mematahkan semangat.

Thomas Edison mengalami beribu kegagalan sebelum berjaya.

"Jangan Ratapi kegagalan, kekecewaan, kesusahan & Keperitan Dengan Linangan AirMata Akan Tetapi Renunglah Hikmah Di Sebaliknya.


Perahu & Dayung Telah disediakan. BANGKITLAH!!! Tekadkan Semangat, Bulatkan Iltizam. Jangan Biarkan Api Obor Kemaraan Terpadam Begitu Sahaja. Percayalah, kerana langkah 1 akan disusuli dengan langkah 2 dan seterusnya bersama-sama kita menuju ke Angkasa Kejayaan!!!"


Akhir kata...silalah beri pandangan anda mungkin ia berguna untuk saya dan juga para pembaca blog ini.


Sekian Terima Kasih

Share it

Sunday, November 1, 2009

my freshwater prawn project story

Projek Udang Galah Air Tawar (kickOff Project)



Projek penternakan udang galah air tawar spesis Malaysia ini telah bermula pada bulan Disember 2008 di halaman kawasan rumah. Buat permulaan hanya sebanyak 500 ekor udang galah spesis Malaysia iaitu Macrobracium Resenbigii campuran antara betina dan jantan.



Konsep Penternakan

Konsep penternakan adalah menggunakan konsep mini Recirculate Aquaculture System (RAS), Sistem Kitaran Akuakultur. Konsep ini digunapakai kerana ia adalah kos efektif dimana tidak banyak sumber air yang digunakan. Air cuma perlu di tambah apabila berkurangan. Disamping itu ternakan menggunakan konsep RAS adalah lebih terkawal dari segi pemakanan yang diyakini halal dan sumber air yg bersih. Kawalan dari serangan pemangsa seperti memerang, ikan-ikan liar adalah bagus sekali sekaligus mengurangkan risiko kematian yang tinggi.



Media
Antara medium yang digunakan untuk RAS ini adalah :

- tangki fibre (polytank) berukuran 6 kaki panjang, 4 kaki lebar dan 2 kaki tinggi
- tangki fiber penapisan air (water filter) yang mengandungi biosponge, bioring dan batu karang (coral stone)

Biosponge adalah merupakan sponge yang mempunyai lubang halus yang mampu memerangkap kotoran yang dikitar. Disamping itu biospongemerupakan perumah yang baik untuk kultur baik membiak.

Bioring pula memerangkap kotoran yang lebih halus yang tidak dapat ditapis oleh biosponge. Bioring turut menyokong pembiakan kultur baik

Batu Karang merupakan agen penapisan untuk menapis kotoran yg kasar. Batu Karang turut menyumbang kadar kalsium kepada udang galah semasa proses bersalin kulit.

- Pam Air (water pump) yang mampu membuat pusingan air sebanyak 10,000 liter air sejam.



Didalam konsep RAS, jumlah kuantiti air yang dikitar semula haruslah dipam sebanyak 50% pada 30min pertama.Ini untuk menjamin semua air adalah terkitar semula. Air yang dikitar semula mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Kadar PH air untuk udang galah adalah di antara 6-8.
- Effective Micro Organism (EM), kultur baik.
EM atau kultur baik berfungsi untuk menghapuskan segala unsur racun yang terdapat di dalam air seperti amonia.Racun ini terbentuk akibat pembuangan najis udang galah. EM akan bertindak dengan mempercepatkan proses penguraian gas racun yang terdapat didalam air. EM turut memperbaiki struktur molekul air dengan mengukuhkan ikatan oksigen didalam air.

- Paip Air PVC.





pair air pvc berukuran 2 inci akan dipotong sepanjang 15cm. Paip pvc ini akan menjadi rumah kepada udang berlindung sewaktu proses molting (bersalin kulit). Selain dari paip pvc, jala,pelepah kelapa atau tayar boleh juga digunakan.


Udang Galah
Udang Galah adalah merupakan hidupan ternakan air tawar yang popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasaran pula adalah sekitar RM35 - RM40 sekilogram. Potensi pelaburan dalam industri penternakan udnag galah adalah cerah.Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi penternakan udang galah mampu memberi pendapatan lumayan dalam jangkamasa singkat.

Udang galah mencapai tahap matang boleh dijual di pasaran pada bulan ke 6 diternak.Untuk matang udang galah akan bersalin kali. Setiap kali bersalin kulit berat udang akan bertambah sebanyak 5-6%. Semasa proses udang bersalin kulit adalah masa yang kritikal lerana pada waktu ini udang terdedah pada ancaman dimakan oleh udang lain yang masih mempunyai kulit. Udang akan menjadi lemah semasa bersalin kulit.Kulit yang baru akan mengeras antara 2-3 hari. Udang bersalin kulit sebanyak 2 kali didalam sebulan.
Perbezaan antara udang galah jantan dan betina adalah pada bentuk fizikal. kepala udang betina adalah tirus dari badan dan kecil sedikit dari udang jantan. Manakala udang jantan pula kepalanya lebih besar dari badan dan fizikal lebih besar dari udang betina.

Pemakanan udang galah pulak adalah dari palet khas untuk udang galah.Iaitu palet tenggelam. Kadar pemberian makanan adalah 3% dari berat udang tersebut. Kebiasaan makanan akan diberi lebih pada waktu malam kerana udang adalah bersifat nokturnal iaitu aktif mencari makan pada waktu malam. Saya turut menjalankan percubaan dengan memberi makan anak ikan guppy(gapis),ikan kecil. Ternyata udang turut memakan ikan-ikan yang kecil dari saiznya.

Sepanjang pengalaman menternak udang ini saya mendapati bahawa terdapat 3 jenis kategori udang galah, Iaitu udang bersaiz kecil, sederhana dan besar.




Untuk menjadikan habitat lebih menyerupai situasi sebenar, tanaman air iaitu keladi bunting turut diletak didalam polytank ini. Didapati udang turut memakan tanaman ini.
Bagaimana Projek Ini Bermula
Projek ini bermula dengan keinginan untuk mempertingkat taraf sosio ekonomi disertai dengan insentif dan galakkan dari pihak kerajaan, "Pertanian Adalah Perniagaan". Maka bermulalah pencarian segala maklumat melalui internet di PID Tg. Keling. Dengan bantuan petugas PID, Pn. Jamilah saya melakukan kajian melalui pembacaan seterusnya berhubung dengan pengusaha ternakan udang galah kolam tanah di Negeri Sembilan hinggalah bermulalah projek ini secara praktikal hands ons.. Saya amat-amat berterima kasih dengan bantuan yang disediakan oleh PID Tg Kling hingga memboleh projek ternakan udang galah ini berjalan.

5 comments:

  1. Assalamualaikum,


    Wah menarik sekali, kebetulan saya baru start ternak udang galah kat kampung, tapi pakai kolam kanvas 10x 6 x 3. Pada mulanya takut gak nak mula sebab tak ramai yang cuba bela udang dalam kanvas. Tapi bila dah tengok Success story ni rasa konfident skit. Cuma nak tanya skit, makanan yang saya guna ialah makan siakap (yang tenggelam) . Cuba cari kat area saya mmng susah nak cari makanan udang. adakah makanan ikan siakap ni boleh digunapakai kat udang?.

    Kalau berjaya projek sulong ni insyaALLAH nak expand ke 3 kolam lagi....

    Thanks

    ReplyDelete
  2. berdasarkan pengalaman saya, untuk kadar tumbesaran yg cepat makanan haruslah mengandungi kadar protein yg tinggi. Pallet yg sya guna skrg adalah dr jenis cargill.Utk projek kali ini saya akan bertukar kpd pallet dr majuikan. Sya dh check kadar protein adalah lebih tinggi dr cargill. Tips...try biak ikan guppy bebyk sbb ikan guppy juga sumber makanan untuk udang.ubi kayu rebus yg dh buang kulit pun boleh. Kg u di mana?

    ReplyDelete
  3. salam,tuan,
    boleh bagi data yg lebih detail tak? seperti;
    1-berapa modal permulaan u?
    2-dari mana dapat benih udang galah ni?
    3-berapa cost monthly guna sistem RAS tu?

    saya duk kemaman, ada ruang sikit kat belakan g umah,ingat nak cuba2 bela keli n udang.

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Kampung kat pasir putih kelantan, actually kat kampung ada air bukit ...so saya amik salurkan air bukit tu ke kolam then lepas balik air tu ...seolah2 air tu dikitar setiap hari.... Buat masa ni dah masuk 1 bulan setengah bela udang ...tumbesaran tu adalah sebesar kelingking budak. sloww kan?

    Baru ni bersih kolam kecewa la skit ...adalaa dalam 15 - 20 ekor udang yang mati...tak tau apasal....


    OK anyway kalau ada info bileh email terus kat saya.....talib@umt.edu.my.

    Thanks.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Nama saya Muhamad Farazi bin Zulkifli.Saya berumur 18tahun dan saya bercadang untuk menceburkan diri dalam penternakan udang galah yang mana saya melihat mempunyai potensi besar dalam pasaran semasa.Soalan saya, berapakah jumlah modal pertama untuk perternakan udang tersebut? Farazi_14@yahoo.com

    ReplyDelete