"SELAMAT DATANG / WELCOME"

Selamat Datang ke ruangan blog yang direka khas untuk mereka-mereka yang mempunyai visi untuk berjaya di dalam perniagaan akuakultur.
Di samping untuk berkongsi maklumat terkini projek ternakan udang galah menggunakan kanvas, laman blog ini turut memuatkan aktiviti perniagaan lain yang diceburi seperti Program Pendidikan Score A, percubaan menternak kelah merah menggunakan kanvas dan pelbagai lagi (sila ikuti melalui kemaskini blog!).
Segala komen dan pandangan membina dari anda semua amat saya hargai. Moga kita dapat membina jaringan perniagaan yang lebih luas menuju ke arah empayar perniagaan global. Bebaskan diri kita dari belenggu kewangan. Persiapkan dan perkemaskan saf kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak terduga pada masa yang tidak kita jangkakan.

Petikan Kata-kata Tun Mahathir Semasa Perasmian Pembukaan Proton " Ini Adalah Merupakan satu langkah kecil untuk membuka lebih banyak langkah besar "

Untuk ke mercu jaya beribu tangga akan kita lalui. Genggamlah api itu hingga menjadi abu, usah biarkan rintangan mematahkan semangat.

Thomas Edison mengalami beribu kegagalan sebelum berjaya.

"Jangan Ratapi kegagalan, kekecewaan, kesusahan & Keperitan Dengan Linangan AirMata Akan Tetapi Renunglah Hikmah Di Sebaliknya.


Perahu & Dayung Telah disediakan. BANGKITLAH!!! Tekadkan Semangat, Bulatkan Iltizam. Jangan Biarkan Api Obor Kemaraan Terpadam Begitu Sahaja. Percayalah, kerana langkah 1 akan disusuli dengan langkah 2 dan seterusnya bersama-sama kita menuju ke Angkasa Kejayaan!!!"


Akhir kata...silalah beri pandangan anda mungkin ia berguna untuk saya dan juga para pembaca blog ini.


Sekian Terima Kasih

Share it

Tuesday, December 29, 2009

Salam Tahun 2010

Salam kpd semua pembaca budiman. Selamat Tahun Baru 2010 kpd semua. Semoga 2010 akan membawa lebih keceriaan dan kegembiraan kpd kita semua.

Berita Terkini!!!..Insyallah ebook saya tentang Penternakan Udang Galah didalam Kolam Kanvas secara RAS dan Organik akan berada di pasaran. Terdapat tip-tip yang tidak akan anda temui dimana-mana seperti bagaimana untuk meminimumkan kos, cara atasi penyakit dengan cara mudah, cara-cara pembenihan udang galah dilakukan, alamat penjual benih dan senarai harga makanan udang galah.

Amat berguna sebagai panduan kepada mereka yang berminat untuk menjadikan udang galah sebagai hobi atau kerjaya dengan pulangan yang lumayan. Segala catatan adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga sedikit maklumat dari pusat kajian udang galah air tawar Melaka.

Segala yang ingin dilakukan mestilah ada ilmu. Jadi, nantikan kemunculan ebook ternakan udang galah saya di alam siber. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.


Segala pertanyaan berkenaan ebook ini boleh diajukan kepada saya melalui blog ini atau ke email saya iaitu smart_kancil@yahoo.com

Sekian Wassalam Dan Selamat Menyambut 2010.

Saturday, December 5, 2009

KOS DAN PENYAKIT

Assalammualaikum Semua

Pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengikuti perkembangan blog ini.

Apa yang saya sampaikan di dalam blog ini adalah melalui pembacaan saya, hands on praktikal membela udang galah selama setahun dan juga melalui pengalaman mengalami pelbagai onak dan duri. Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah melalui latihan formal menternak udang segalanya melalui latihan kendiri,penyelidikan dan juga pembacaan sendiri dari buku dan internet.

PENGALAMAN

Udang adalah tergolong haiwan karnibal,memakan sesama sendiri. Tetapi ini berlaku bila udang mengalami kekurangan makanan atau semasa udang lemah mengalami proses molting (bersalin kulit). Apa yg saya buat ialah (untuk kolam kanvas) saya letakkan paip pvc berukuran 2 inci dipotong sepanjang 12cm. Masa mula-mula saya pernah gunakan pelepah kelapa, pun berguna atau untuk kolam tanah gunakan tayar terpakai. SILA NYAH TOKSINKAN DENGAN MERENDAM DALAM AIR SELAMA SEMINGGU.

Untuk mengelakkan makanan yang diberi berkurangan apa yang boleh di buat secara manual ialah dengan mengira berapa genggam jumlah makanan yang diberi pada waktu pagi dan lihat pada waktu petang jika makanan berlebihan maka kurangkan pemberian makanan pada waktu pagi. TETAPI, pemberian makanan waktu petang@malam adalah lebih banyak dari waktu pagi. Udang adalah bersifat nokturnal iaitu aktif waktu malam. Kaedah ini untuk kolam kanvas,kolam simen atau polytank. Sebab kita boleh nampak sisa makanan yang terlebih.

Untuk kolam tanah pula, setiap bulan tangkap antara 5-10 ekor udang dan timbang berat udang. Ambil purata berat udang di darabkan dengan jumlah udang di dalam kolam kemudian di darabkan dengan 3%. Kadar pemberiaan makanan adalah sebanyak 3% dari berat udang.

KADAR KEMATIAN & PENYAKIT

Udang galah amat sukar berpenyakit. Daya tahan yang tinggi. Pengalaman pertama saya adalah pada waktu awal saya memasukkan benih ke kolam. Kebetulan waktu itu saluran paip air utama kawasan saya ditukar baru menyebabkan air berwarna coklat tanah dan mengandungi kutu air. Menyebabkan udang seolah-olah mabuk terlompat-lompat, berpusing dalam air seterusnya mati. Apabila diperiksa pada penapis Bio saya menjumpai banyak parasit yang seakan anak pepatung tanpa kaki,kepala yang besar, berbadan tirus, berwarna putih. Ujian makmal mengesahkan itu adalah kutu air.

Untuk mengelakkan parasit dan penyakit lain boleh gunakan garam halus (garam makan). Taburkan dalam air kolam dan rasa dengan lidah kadar kemasinan air. Hanya sekadar sedikit masin. Garam merupakan penghapus parasit dan penyakit lain yang paling bagus. Juga sesuai untuk ikan. INGAT JANGAN TERLALU MASIN, UDANG AKAN MATI.

Untuk sistem yang gunakan saliran air sungai atau bukit, pastikan bahawa pemangsa seperti ikan liar (keli,haruan dll) tidak termasuk dalam kolam. Berdasarkan pengalaman pengusaha kolam tanah pemangsa yang paling di takuti adalah ikan keli dan memerang air. Kadar kematian mengikut rekod Jabatan Perikanan dan juga dari temu bual saya dengan pengusaha udang yang lain adalah 60%.

Selama setahun, air dalam polytank saya tidak pernah ditukar,hanya tambah air bila berkurangan.

KOS

Kos bagi saya adalah subjektif. Kerana lagi besar kolam lagi banyak yang boleh benih yang boleh di isi. Berikut adalah kiraan kos bagi projek yang saya usahakan.

Saiz Kolam: 10 kaki panjang X 10 kaki lebar X 3 kaki tinggi

Harga Kanvas Termasuk Frame: RM900 (harga mungkin berlainan ikut negeri)

Jumlah Benih: 10 kaki X 10 kaki x tinggi air X 15 ekor per kaki persegi.

Netting hitam: RM60 (50% kadar tapisan cahaya.120 kaki,segulung). Perlu untuk kolam tidak terlalu terdedah pada cahaya matahari dan hujan.

Harga benih: RM0.06 - RM0.065 sen seekor (benih 45 hari dan harga ikut negeri tak termasuk kos penghantaran)

Harga Pellet: Starter RM114, Grower RM72 (Cargill)

Harga Blower @ Air Pump: RM250 - RM370 (harga ikut kapasiti blower.Perlu untuk oksigen).

Hanya itu sahaja kerana hari makin larut malam..insyallah saya akan edit semula post ini supaya lebih kemas dan informative.

From The Desk Of Shiful Aswan
2.38am



Sunday, November 1, 2009

My Fresh Water Prawn (Project Expansion)

Pembesaran Projek

Alhamdulillah, kini saya maju setapak lagi. Projek udang galah saya sedang di dalam proses pembesaran!


Terbaru kini, saya telah menyewa satu kawasan rumah lot tepi yang telah agak lama telah tidak berpenghuni. Kawasan halaman rumah ini yang dahulunya semak telah saya saya bersih.

Seterusnya, kerja-kerja untuk memasang kolam kanvas untuk ternakan udang galah giat dijalankan.
Berikut adalah merupakan gambar kolam kanvas sedang menjalani proses detox untuk membuang segala bahan kimia yang terdapat di dalam kanvas tersebut.
Dijangkakan menjelang pertengahan Nov benih udang galah dan ikan boleh dimasukkan.
Dan juga, kali ini saya akan menggunakan kaedah baja organik bukan lagi RAS yang kos bulanannya agak mahal.




Kolam Kanvas




Di kawasan baru ini, kolam kanvas berukuran 10 kaki panjang, 10 kaki lebar dan 3 kaki tinggi digunakan. Setiap kolam ini mampu menampung kapasiti sebanyak 8000 ekor udang pada satu-satu masa. Saya menganggarkan sebanyak 8 kolam kanvas mampu ditempatkan di kawasan ini.
TERKINI!!
Disamping mengusahakan udang galah cadangan untuk mencuba ternakan siakap putih dan ternakan cacing bermain di fikiran saya. Ternakan cacing disamping untuk penghasilan baja, cacing tersebut merupakan santapan lazat untuk udang galah dan siakap putih.Sekali lagi PID Tg. Kling menjadi tumpuan saya untuk mendapatkan segala maklumat dari internet cara-cara menternak ikan siakap putih. Terima Kasih PID Tg Kling kerana telah banyak membantu saya.

my freshwater prawn project story

Projek Udang Galah Air Tawar (kickOff Project)



Projek penternakan udang galah air tawar spesis Malaysia ini telah bermula pada bulan Disember 2008 di halaman kawasan rumah. Buat permulaan hanya sebanyak 500 ekor udang galah spesis Malaysia iaitu Macrobracium Resenbigii campuran antara betina dan jantan.



Konsep Penternakan

Konsep penternakan adalah menggunakan konsep mini Recirculate Aquaculture System (RAS), Sistem Kitaran Akuakultur. Konsep ini digunapakai kerana ia adalah kos efektif dimana tidak banyak sumber air yang digunakan. Air cuma perlu di tambah apabila berkurangan. Disamping itu ternakan menggunakan konsep RAS adalah lebih terkawal dari segi pemakanan yang diyakini halal dan sumber air yg bersih. Kawalan dari serangan pemangsa seperti memerang, ikan-ikan liar adalah bagus sekali sekaligus mengurangkan risiko kematian yang tinggi.



Media
Antara medium yang digunakan untuk RAS ini adalah :

- tangki fibre (polytank) berukuran 6 kaki panjang, 4 kaki lebar dan 2 kaki tinggi
- tangki fiber penapisan air (water filter) yang mengandungi biosponge, bioring dan batu karang (coral stone)

Biosponge adalah merupakan sponge yang mempunyai lubang halus yang mampu memerangkap kotoran yang dikitar. Disamping itu biospongemerupakan perumah yang baik untuk kultur baik membiak.

Bioring pula memerangkap kotoran yang lebih halus yang tidak dapat ditapis oleh biosponge. Bioring turut menyokong pembiakan kultur baik

Batu Karang merupakan agen penapisan untuk menapis kotoran yg kasar. Batu Karang turut menyumbang kadar kalsium kepada udang galah semasa proses bersalin kulit.

- Pam Air (water pump) yang mampu membuat pusingan air sebanyak 10,000 liter air sejam.



Didalam konsep RAS, jumlah kuantiti air yang dikitar semula haruslah dipam sebanyak 50% pada 30min pertama.Ini untuk menjamin semua air adalah terkitar semula. Air yang dikitar semula mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Kadar PH air untuk udang galah adalah di antara 6-8.
- Effective Micro Organism (EM), kultur baik.
EM atau kultur baik berfungsi untuk menghapuskan segala unsur racun yang terdapat di dalam air seperti amonia.Racun ini terbentuk akibat pembuangan najis udang galah. EM akan bertindak dengan mempercepatkan proses penguraian gas racun yang terdapat didalam air. EM turut memperbaiki struktur molekul air dengan mengukuhkan ikatan oksigen didalam air.

- Paip Air PVC.





pair air pvc berukuran 2 inci akan dipotong sepanjang 15cm. Paip pvc ini akan menjadi rumah kepada udang berlindung sewaktu proses molting (bersalin kulit). Selain dari paip pvc, jala,pelepah kelapa atau tayar boleh juga digunakan.


Udang Galah
Udang Galah adalah merupakan hidupan ternakan air tawar yang popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasaran pula adalah sekitar RM35 - RM40 sekilogram. Potensi pelaburan dalam industri penternakan udnag galah adalah cerah.Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi penternakan udang galah mampu memberi pendapatan lumayan dalam jangkamasa singkat.

Udang galah mencapai tahap matang boleh dijual di pasaran pada bulan ke 6 diternak.Untuk matang udang galah akan bersalin kali. Setiap kali bersalin kulit berat udang akan bertambah sebanyak 5-6%. Semasa proses udang bersalin kulit adalah masa yang kritikal lerana pada waktu ini udang terdedah pada ancaman dimakan oleh udang lain yang masih mempunyai kulit. Udang akan menjadi lemah semasa bersalin kulit.Kulit yang baru akan mengeras antara 2-3 hari. Udang bersalin kulit sebanyak 2 kali didalam sebulan.
Perbezaan antara udang galah jantan dan betina adalah pada bentuk fizikal. kepala udang betina adalah tirus dari badan dan kecil sedikit dari udang jantan. Manakala udang jantan pula kepalanya lebih besar dari badan dan fizikal lebih besar dari udang betina.

Pemakanan udang galah pulak adalah dari palet khas untuk udang galah.Iaitu palet tenggelam. Kadar pemberian makanan adalah 3% dari berat udang tersebut. Kebiasaan makanan akan diberi lebih pada waktu malam kerana udang adalah bersifat nokturnal iaitu aktif mencari makan pada waktu malam. Saya turut menjalankan percubaan dengan memberi makan anak ikan guppy(gapis),ikan kecil. Ternyata udang turut memakan ikan-ikan yang kecil dari saiznya.

Sepanjang pengalaman menternak udang ini saya mendapati bahawa terdapat 3 jenis kategori udang galah, Iaitu udang bersaiz kecil, sederhana dan besar.




Untuk menjadikan habitat lebih menyerupai situasi sebenar, tanaman air iaitu keladi bunting turut diletak didalam polytank ini. Didapati udang turut memakan tanaman ini.
Bagaimana Projek Ini Bermula
Projek ini bermula dengan keinginan untuk mempertingkat taraf sosio ekonomi disertai dengan insentif dan galakkan dari pihak kerajaan, "Pertanian Adalah Perniagaan". Maka bermulalah pencarian segala maklumat melalui internet di PID Tg. Keling. Dengan bantuan petugas PID, Pn. Jamilah saya melakukan kajian melalui pembacaan seterusnya berhubung dengan pengusaha ternakan udang galah kolam tanah di Negeri Sembilan hinggalah bermulalah projek ini secara praktikal hands ons.. Saya amat-amat berterima kasih dengan bantuan yang disediakan oleh PID Tg Kling hingga memboleh projek ternakan udang galah ini berjalan.

Thursday, October 1, 2009

Program Pendidikan E-Tuition Score A

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A